Pesta Makanan Thai


Kalau sebut apa saja pasal pesta makanan ke ekspo ke apa, bukan Ainaa orangnya yang akan serbu dulu atau pun excited dengan benda-benda macam ni. Bukan sebab Ainaa tak suka tempat yang sesak dan tempat ramai orang tapi sesekali apa salahnya kan. Memandangkan Pesta Thai ni pada tahun lepas Ainaa tak pergi, jadi untuk tahu ini kita jejak juga la nak tengok apa yang buat orang ramai suka dengan pesta seperti ini. Jadi Ainaa pun ikut saja kawan-kawan Ainaa sekolah dulu pergi Pesta Thai di Kelantan, kebetulan pula dah lama tak lepak dengan dia orang.

thai festival kelantan 2017, thai festival, pest thai kota bharu, pesta thai
sumber google
Bila sampai saja sana, dua tiga kali juga kita orang terpaksa pusing stadium tu semata-mata nak cari parking, nasib baik kali ketiga tu jumpa kalau tak memang tak adanya nak jejak kaki ke pesta Thai ni. Dapat parking pula yang jauh dan kena jalan melalui ekspo yang ada di situ. Ya, di perkarangan Stadium Kota Bharu tu ada dua ekspo.... satu Pesta Thai satu lagi ekspo apa tak pasti tapi kat situ kalau nak main mainan ke boleh la pergi. Kita orang yang pergi semua dah dewasa jadi lalu je la mampu kan nak main takut budak-budak tengok pelik.

Apa yang nak Ainaa kata, bagi Ainaa pesta Thai di Kelantan biasa-biasa saja sebab banyak-banyak booth yang ada kat situ kebanyakkannya jual makanan yang sama saja dan satu lagi mungkin sebab Ainaa orang Kelantan, kami dah biasa dengan makanan Thailand itu yang pesta kat sana tak ada semeriah seperti negeri lain. Bila Ainaa pergi Pesta Thai tu Ainaa asyik pusing booth yang sama saja sebab tak tahu nak beli. Ainaa bagi contoh la, kau tengok orang jual Somtam atau pun Kerabu Maggi nampak sedap je tapi makanan tu semua benda yang dah selalu kau makan kat rumah dan boleh buat sendiri. Tak ke serba salah jadinya nak beli. 

thai festival kelantan 2017, thai festival, pest thai kota bharu, pesta thai
daging bakar rm10 sebekas

thai festival kelantan 2017, thai festival, pest thai kota bharu, pesta thai
menggugat iman tapi hari-hari dah makan

thai festival kelantan 2017, thai festival, pest thai kota bharu, pesta thai
jus buah

thai festival kelantan 2017, thai festival, pest thai kota bharu, pesta thai
syawarma RM5, kecik. Di uia lagi besar lagi murah
Bukan main Ainaa komen semua tapi nak buat macam mana benda kenyataan memang pahit, terima saja lah. Kebanyakan makanan yang dijual adalah makanan Thai yang dah sebati dengan orang Kelantan. Jadi apa kata untuk lain tahu upgrade jual makanan Thai yang jarang ada di negeri lain, kasi istimewa sikit baru meriah dan baru ramai pengunjung.  Kalau tak nampak gaya kena pergi sendiri ni negara jiran sebelah, tu baru betul-betul merasa masakan Thai.

5 Comments

  1. Pergi sini memang tak tau nak beli..
    Semua nampak sedap. Semua nak. :D

    ReplyDelete
  2. Kalau orang2 luar Kelantan, mungkin tak biasa dengan makanan2 thai ni.

    ReplyDelete
  3. thailand terkenal dengansteer food dia. macam2 street food yg diorang ada. unik dan sedap..

    ReplyDelete